Tuesday, March 26, 2013

Boleh merujuk link berikut:
sila klik


  1. PEMBINAAN ITEM UJIAN
  2. PENILAIAN, PENGUKURAN, PENGUJIAN








penilaian berasaskan sekolah

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Rasional

- Rasionalnya Penilaian Berasaskan Sekolah ialah :
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
iv. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.


CIRI – CIRI 


• Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

• PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
– Kerja kursus / PEKA
– Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

1. Kerja kursus / PEKA 
– Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
– LPM membekalkan dokumen pentaksiran
– LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
– Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
– Markah dihantar kepada LPM
– Sekolah mengeluarkan sijil


2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
• Sekolah mengeluarkan sijil.


Prinsip 
Penilaian Berasaskan Sekolah

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.

Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.


Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.


Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.


Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.


Pelaporan positif.
• Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.


Aspek 
PenilaianBerasaskan Sekolah

- Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :
i. Daya kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.
ii. Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.
iii. Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.
iv. Sikap – contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
v. Kesihatan dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.
vi. Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
vii. Bakat dan minat – contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.

MODUL

RUJUKAN


Abdullah Hassan (1987). Isu-Isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2010). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

malaycivilization.ukm.my/idc/.../padat_3217.pdf diambil pada 1 Mac 2013
http://projects.coe.uga.edu/epltt/index.php?title=Bloom%27s_Taxonomy diambil pada 1 Mac 2013

http://ww2.odu.edu/educ/roverbau/Bloom/blooms_taxonomy.htm diambil pada 1 Mac 2013

http://amirgassi.blogspot.com/2011/09/bmm3103.html diambil pada 1 Mac 2013

Monday, March 25, 2013

AMALI 12

SOALAN:
Membuat penilaian pengalaman pembelajaran dibilik darjah




Definisi Penilaian Pengalaman Pembelajaran:

Penilaian pengalaman pembelajaran merupakan suatu kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan.
Dalam penilaian ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya penilaian ini merupakan kegiatan yang terancang untuk mengukur keefektifan suatu system pendidikan secara keseluruhan. 

Penilaian pengalaman pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapat berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.

Penilaian pembelajaran yang telah dikerjakan telah berhasil/ belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes.
Penilaian perkembangan merupakan salah satu cara guru mengetahui hasil belajar, intelegensi bakat khusus, minat, hubungan social ,sikap dsan kepribadian siswa atai peserta didik.

Ciri-ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran:
1. Kaedah Jigsaw
2. Kritikan Terbuka
3. Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK)

Kaedah Jigsaw
Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar,penyampaian dan pemikiran kreatif (Felder dan Brent , 2004) . Ini telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al(2006).
Menurut Hafizah Husain et al(2006) kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaanya.
1. Pergatungan secara positif.
2. Tanggungjawab.
3. Interaksi secara terus seperti bertentang mata.
4. Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian.
5. Penilaian kendiri secara berterusan.

Kritikan Terbuka
Kritikan Terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).
Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama lima minit kepada rakan-rakan kelas. Pelajar akan diberi topic yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu atau mengenai tugasan yang telah diberi.

Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara:
1. Intinasi dan kejelasan suara.
2. Keyakinan diri dikhalayak ramai.
3. Kelancaran bahasa.
4. Penampilan.
5. Maklum balas terhadp soalan yang diterima. 

Komen dari panel aakan disampaikan kepada pelajar untuk kelemahan yang ada. Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan pelajar.



Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK)
Penilaian Rakan Kumpulan adalah satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Penilaian ini digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar.
Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmenpelajar dalam menyiapkan kerja kursus.
Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain kerana kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

Pelaksanaan Penilaian Pembelajaran:

Tajuk: Keluarga
i. Kompetensi Dasar
1. PKN
1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah .

a. Indikator
1.PKN
-Menyebutkan ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah. Contohnya: bapa, ibu , abang ,kakak, saya dan adik .
-Melakukan sikap hormat pada orang lain. Contohnya: orang tua, saudara, guru, guru besar, kawan dan lain-lain.
-Memberi contoh hidup rukun di rumah.
-Menjelasan akibat hidup tidak rukun di rumah.
-Menyebutkan manfaat hidup.
c. Langkah-langkah Pembelajaran:
A. Set Induksi:
Menyanyikan lagu :Keluargaku Sayang (Melodi: Bangun Pagi)
B.Kegiatan Inti:

1. Menceritakan hidup rukun di rumah.
2. Menyebut ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah. Contohnya: bapa, ibu , abang ,kakak, saya dan adik .
3. Melakukan sikap hormat pada orang lain. Contohnya: orang tua, saudara, guru, guru besar, kawan dan lain-lain.
4. Memberi contoh hidup rukun di rumah.
5. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun di rumah .
6. Menyebutkan manfaat hidup.
7. Menggunakan kata tanya dengan betul.
8. Menulis kata Tanya (siapa, apa, di mana, bagaimana)
9. Menyelesaikan masalah yang berkaitan . (Lengkapkan ayat)

Penutup: Bersama-sama menyanyi lagu “Keluargaku Sayang” mengikut Melodi “Bangun Pagi”

Bahan Bantu Mengajar:
1. Kad Kata Tanya
2. Kad Perkataan
3. Kad Huruf
4. Gambar Ahli Keluarga
Penilaian:
1. Lisan
2. Bacaan
3. Tulisan
4. Portofolio

Sunday, March 24, 2013

AMALI 11

SOALAN:
Pelajar membuat brosur, iklan, poster, web, dan power point berdasarkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.



BORANG PENILAIAN BLOG


Sila ( / ) di ruangan yang disediakan.


PERKARA

LEMAH
SEDERHANA
BAIK

KANDUNGAN




REKA LETAK




GRAFIK




TULISAN





BAHASA




HIPERLINK




BAHAN INTERAKTIF




JUMLAH





Saturday, March 23, 2013

AMALI 10

SOALAN:
Penilaian aktiviti bahasa (sajak, ceramah, syarahan)


SAJAK









BORANG PENILAIAN SAJAK

Sila ( / ) di ruangan yang disediakan.


PERKARA

LEMAH
SEDERHANA
BAIK
AMAT BAIK

TEKNIK






GAYA






NADA






SUARA






SEBUTAN






JUMLAH






  • Teknik ialah gerakan kreatif deklamator.
  • Gaya berkait rapat dengan keyakinan deklamator, mimik, dan bahasa tubuh.
  • Meliputi intonasi yang tepat iaitu turun naik dan tinggi rendah suara untuk dipadankan dengan maksud sajak dan penggunaan jeda (tempat berhenti) dengan betul.
  • Kualiti suara iaitu penerbitan suara yang berbeza-beza itu (bass, tenor dan soprano).
  • Sebutan tidak salah atau tersasul